Thursday, September 22, 2011

KALORI

Dalam sibuk2 open house sana sini
aku takut gak badan ni menaiki....
huhuhuhuhuuhuuuu
mana tak risau kan
pempuan kan namanyer
mane leh terasa naik badan sikit
mula ler rasa risau & tak selesa
DIET ler....
CONTROL beb
jaga kecantikan luar & dalam
ke gane ke gane
kaum2 HAWA

Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

  1. Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
  2. Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang.
  3. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan.
  4. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.



No comments:

Post a Comment